|
BUAT TEMAN YANG SEDANG BERSEDIH... Buat teman ku yg sedang bersedih setelah kuamati luahan perasaanmu diriku turut terasa sayu kerana apa yg kau rasakan seolah jiwaku yg merasakan kita berkongsi kisah duka walau berlainan aturan ceritanya rasa itu tetap sama suatu kesedihan yg berat kita terbelenggu didalamnya... Kita mahu keluar dari kisah silam dan melupakan segala tetapi kenangan itu tak terpadam iya bukan sperti karya novel yg boleh diubahsuai jln cerita mengikut kata hati pengarang Kita meniti perjalanan realiti takdir tuhan yg Maha mengetahui segalanya dibawah lembayungNya kita berusaha tetapi Dia jualah yg menentukan percayalah sahabatku.... apa yg berlaku ada hikmahnya kerana Dia jualah Maha Menyayangi takkan ditimpakan ujian kpd hambaNya sekiranya kita tidak mampu menanggungnya... Kau berkata... tiada siapa yg tahu selama ini ttg mu sebahagian kisah hidupmu adalah satu rahsia nasibmu yg kau menangis kesedihan keseorangan Sahabatku...betapa kita ada persamaan aku juga tak mahu org tahu betapa aku punya kisah sedih namun ketahuilah... setiap insan pasti ada secebis rahsia yg seboleh mungkin walau berkali-kali mencuba tidak mungkin mustahil kita menidakkan sesuatu yg telah terjadi..... Sahabatku..... ku mengerti perasaan mu...bersabarlah .. ujian itu tanda Tuhan sayang kita.. Tuhan mengasihi orang yg sabar pasti doamu suatu hari akan terjawab jgn kau berputus asa pada rahmat Tuhan.. kepadaNya sahaja kita berserah..... Sahabat ku yg sedang bersedih sapulah airmatamu yg mengalir aku begitu sayu melihatmu begitu mahu kusapu airmata itu dari pipimu dan memelukmu sambil berkata "segalanya akan baik-baik saja" ya..harapanku ada senyuman dibibirmu senyuman yg bukan dipaksa tapi terbit dari hati sahabatku jgn bersedih luahkan segala curahan hatimu selagi ia terpendam di lubuk jiwa selagi itu ku tahu ia memedihkan bagai hati kita dirobek-robek menjadi kepingan-kepingan yg terbang dek angin tapi pulang kembali memakan diri... alangkah sadisnya.... bertahan sahabatku...bertahan.... Tuhan mendengar rintihanmu Buat sahabatku yg sedang membaca puisi ini benarlah puisi ini dikarang khas buatmu sekiranya kau sudah habis membacanya ingatlah bahawa seseorang yg mendoakan kebahagiaanmu percayalah bahawa dlm dirimu ada kekuatan kau pasti akan bangkit semula dan menyapu rasa sedih dan kecewa lantas membina semangat baru suatu kehidupan yg tenang dan diselangi keceriaan dan tawa... sahabatku... senyumlah.. kerana aku turut tersenyum melihat kau mula mengesat airmatamu dan menguntum senyuman..... Pasti ...keceriaan akan kembali semula..... *************** Sedikit catatan utkmu, sahabatku...
|
| Leave a Comment: |